- Program pengajian Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab sebagai kaedah melahirkan ilmuan Islam (Ulama) yang berpengetahuan tinggi dan luas dalam ilmu duniawi dan ukhrawi (Ulul Albab). Ia merupakan program perintis (pilot project) dan yang pertama di Malaysia dan merangkumi tiga aspek ilmu iaitu Pengajian Agama melalui pembelajaran Kitab Turath, Pengajian Akademik dalam sains tulen dan hafazan Al Quran. Program ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 6 Julai 2015 di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut.
- Pada tahun 2025, program ini telah menjangkau 10 tahun pelaksanaannya. Pelbagai penambahbaikan telah dibuat bagi melahirkan murid yang berkualiti tinggi dalam segenap aspek.
- Ramai lepasan program ini yang telah berjaya menempatkan diri di beberapa institusi pendidikan terkemuka sama ada dalam mahupun luar negara.
×