- Program Ulul Albab secara rasmi mula diperkenalkan pada 2 Julai 2005 selepas daripada seminar Sekolah-Sekolah Agama Peringkat Kebangsaan yang telah dirasmikan sendiri oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Dato Seri Hisamuddin Tun Hussin Onn.
- Pengertian Ulul Albab sebagai satu golongan yang mempunyai asas kukuh dalam Al-Quran, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian tuhan melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya.
- Program ini merupakan satu bentuk penjenamaan semula (ReBranding) ke atas sistem pendidikan yang sedia ada dengan menggunakan pendekatan tiga kompenan iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik
- Program Ulul Albab ini dijalankan di SMI telah berjaya melonjakkan SMI ke arah satu bentuk pelaksanaan yang lebih berstruktur dan sistematik (Modul-modul QEI)
×